.
////


Sejak dua menjak ini ramai yang menyatakan bahawa sebenarnya rumpai laut tiada kolagen. sila lihat kembali sumbernya. Ya. rumpai laut bukanlah kolagen yang sebenar-benarnya. namun begitu Rumpai Laut atau Sea Kelp membantu penghasilan kolagen dalam badan yang mana lebih baik daripada produk-produk kolagen yang lain. kolagen jika dimakan secara terus hanyalah sia-sia sebab akan dimusnahkan oleh asid amino di dalam perut. ia sama seperti antibodi. bukankah lebih baik kita mencipta kolagen dari bahan organik berbanding mengambil kolagen dari ubat-ubatan kimia. Rumpai Laut mengandungi vitamin C yang sangat tinggi, asid amino, beta-kerotena dan mineral yang tinggi.

 SEAWEED

Kami memohon maaf jika nama syarikat kami menimbulkan kekeliruan. kami tidak menjual kolagen, tetapi kami menjual produk yang boleh dan akan menghasilkan dan mengekalkan kolagen dalam badan pengguna. kami berharap ini dapat menjelaskan segala kekeliruan. selama kami membekalkan produk ini ramai yang menggunakannya sangat berpuas hati dan mendapat hasil yang diinginkan. smile.gif
////
I've heard and read about the health benefits of this seaweed before but have not been tempted to buy until then.  If it does indeed contain that amount of collagen as  what has been claimed proven scientifically or otherwise, then why not.  I've yet to try it but would do so in a bit. :)



What is Collagen?
Collagen is the main component of our skin, cartilage, bone and connective tissues. Without enough production and supply of collagen, our skin will look old and wrinkled. Collagen is a naturally-occurring protein in humans and animals.


Its main functions are:-
Skin – It provides structure. Along with collagen is elastin, which provides      elasticity of the skin.
 Bones – It provides form, structure, strength and flexibility.
Muscles – It gives strength and structure.
Blood vessels – It is the main component of the blood vessel wall (vein, arteries and capillaries)
Unfortunately, the collagen supply in our body diminishes in time. This is due to age, pollutants, and lifestyle.

How to Restore Collagen in Skin Naturally

There are other factors than age that can retard collagen production: smoking and sun exposure are the worst culprits. Since collagen is too dense to be absorbed into the skin in creams unless it undergoes extensive chemical restructuring, our best bet is to eat plenty of foods that promote production of this important protein. By incorporating certain foods into our diet we can increase collagen production and bring that youthful look back to our skin. Though anti-aging creams claim to help retain a youthful look, many are made with harsh chemicals. We can, instead, attempt to restore the collagen in our skin naturally.
Several other types of food that can aid in increasing collagen production are Soy products, dark green vegetables, beans, red fruits and vegetables, vitamin C, prunes, omega acids, flaxseed, turkey, dark chocolate, rose hips and avocado oil.

Avocado fruits
Raspberries

Soya beans
Luckily, all of these foods are part of a healthy, low-fat diet (even the chocolate) and can be incorporated into every meal and snack we eat. Enjoy soy milk with breakfast, a large salad with chunks of turkey and avocado for lunch, and omega-containing fish for dinner; snack on dark chocolate with a cocoa content of 65 percent or higher and take supplements containing rose hips.



Soya bean milk
 Rosehip tea


Japanese Tofu
All of these foods contain powerful collagen-boosting substances like genistein, lutein, hyaluronic acid, lycopene, antioxidants, carnosine and plant steroids. These natural chemicals support the skin renewal process, rejuvenate skin damaged by free radicals and create a hospitable environment for collagen production.
Soy foods, such as soy milk, soy cheese and tofu, can help block the enzymes that break down and age skin. Leafy greens like spinach and kale boost skin hydration and elasticity, as does the carnosine in turkey. Beans help our body produce the powerful anti-aging agent hyaluronic acid, and the lycopenes in red fruits and vegetables are powerful antioxidants.

Purple seaweed - this type supposedly contains more collagen than the green type  
And lately, I came to know that a kind of sea kelp (seaweed) is said to contain pure marine collagen. 

Misconceptions

There are many expensive cosmetic anti-wrinkle creams on the market containing collagen. Unfortunately, there is no evidence such treatments do anything to boost collagen levels in the skin. In fact, the chemical makeup of collagen makes it too large to be absorbed into the skin when applied topically. Such products may be adequate moisturizers, but to stimulate collagen production it should work from the inside out, starting with our diet.


Prevention/Solution

The foods listed above do double-duty keeping our body healthy and our skin young-looking. To make these foods even more effective, don't smoke, always wear sunscreen, use a quality moisturizer and eat a healthy diet.
kredit: Angie
Oleh: Nur Hatina Shuib

Rahsia rumpai laut
Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
////
  



SAMBAL KERABU
  • 1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisek
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • lada hitam - ditumbuk
  • 2 ekor ikan kembong - dibakar dan diambil isinya
  • 2 batang serai - dihiris
  • garam
  • gula


Caranya:

  • Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.(ditumbuk/diblend)
  • Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. Siap.

AIR CILI
  • Cili api + Cili merah + bawang putih ditumbuk kasar.
  • Campurkan dengan cuka dan sedikit air + garam.+ gula

KUAH TUMIS 
  • Halia + cili kering + bawang putih + bawang merah + serai + santan pekat + serbuk kunyit+ garam + asam keping dimasak sehingga naik minyak dan pekat.

Penyedap rasa: 
  • Budu+cili api+air limau nipis..
  • Campurkan kesemua sekali dan gaul sebati.